Gambar Tun M semasa hadir Bersih 4.0 pada Ahad |
1. Malang sungguh, Hari Kebangsaan/Kemerdekaan tiada dalam kamus Tun Dr Mahathir lagi. Seorang pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, boleh memadamkan jadual kemerdekaan dalam kamus beliau. Bayangkan, mereka yang memang tidak terlibat atau tidak menghayati hari kemerdekaan, lagi lah lupa.
2. Rupanya "semangat" kebangsaan/kemerdekaan yang 'dipupuk" beliau selama 22 tahun, bukannya betul-betul, melainkan sebuah sandiwara yang panjang. Tindakan Tun M menghapuskan hari kemerdekaan/kebangsaan dalam jadualnya, akan dikenang selama-lamanya, bahawa 31 Ogos 2015, tercactitlah sejarah dan akan terbaca generasi akan datang, seorang yang begitu lama menjadi ketua kerajaan, akhirnya mangaku, bahawa semua tindakan selama menjadi Ketua Kerajaan merupakan lakonan.
3. Sejarah perlu ditulis semula, kerana sejak 1981-2003, merupakan catitan-catitan palsu, kerana pemimpin yang melakarnya telah mengakuinya.
4. Tepatlah pada Tahun 2015, Hari Kemeredekaan hanya diebut Hari Kemerdekaan/Hari kebangsaan dan 16 September sebagai Hari Malaysia, tanpa menyebut angka. Kerana selama lebihh 22 tahun, rakyat dikelirukan dengan angka, kerana ianya merupakan proses yang panjang untuk memadamkan semangat kemerdekaan. Pemimpin yang bercakap soal-soal kemerdekaan selama 22 tahun, akhirnya mengaku, semua itu merupakan sandiwara.
5. Tun Dr Mahathir tidak hadir pada Majlis Sambutan Kemerdekaan tahun ini, walaupun telah dijemput. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Tun Said, Tun Dr Mahathir telah menolak jemputan.