Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

JANGAN SABOTAJ KKM

$
0
0


Penulis sengaja memilih negara-negara pada Tabel untuk melihat di mana kedudukan Malaysia dalam tindakan memerangi COVID-19.

Data statistik hari ini, Jumlah kes positif di negara kita sehingga 11 April adalah 4,530, kematian 73, mereka yang sembuh 1,995 dan dalam rawatan 2,462. 

Untuk melihat kedudukan Malaysia, peratusan adalah penada aras. Untuk kadar kematian Malaysia hanya merekodkan 1.61% daripada keseluruhan kes, berbanding dunia-6.08%, Korea Selatan yang dianggap berjaya-2.01%, German-2.23%, walaupun negara kita di bawah Singapura-0.33%, tetapi daripada segi peratusan dirawat di negara jiran tersebut adalah 76,33%, manakala di negara kita 54.35%, makna kata, jika dilihat daripada perkhidmatan kesihatan, negara kita masih lebih baik berbanding negara jiran tersebut.

Demikian juga dengan negara Pakistan, meskipun peratusan kematian di negara itu 1.57% hampir sama dengan negara Malaysia, akan tetapi peratusan yang dirawat tinggi, iaitu 82.85%.

Jepun pula, yang hampir sama peratusan kematian dengan negara kita, iaitu 1,65%, peratusan yang sedang dirawat masih tinggi, iaitu 85.66%.

Melihat negara Indonesia dan Filipina, kita cukup bersimpati dengan negara jiran kita itu, kerana ianya mempunyai impak langsung pada negara kita, kerana sebagai sumber tenaga kerja.

Di Negara-negara maju tiada satu negarapun mengatasi pencapaian Malaysia. Apa maksud semua ini? Maksudnya, tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac sehingga 14 April (Fasa 1 dan II) cukup berjaya mengekang transmisi COVID-19 pada rakyat negara ini, walaupun belum dapat diputuskan. Untuk memutuskan transmisi itu, maka lanjutan fasa 3 sehingga 28 April, sepatutnya PKP diperketatkan, bukannya dilonggarkan.

Wabak COVID-19 memang pun sangat menjejaskan semua sektor di negara kita, kata peribahasa-alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pengkal lengan. Ertinya, tangguhkan dahulu, apa-apa aktiviti yang tidak menyebabkan kematian, seperti memotong rambut, membeli makanan yang sedap-sedap atau segar dengan berbondong di pasar-pasar, meminta pelajar yang terperangkap di kolej-kolej untuk pulang kampung- tangguhkan dahulu semua itu, sehingga fasa 3 PKP tamat. 

Jangan sabotaj usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibantu PDRM, ATM dan agensi-agensi lain, hanya kerana keputusan politik untuk menyeronok suara-suara rakyat yang hanya ingin keselesaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808