PENERIMA Bantuan Prihatian Nasional (BPN) terpaksa berbaris panjang, samada di kisok ATM atau kaunter bank BSN.
Di hari pertama, jelas sangat panjangnya barisan. Melihat panjangnya mereka yang berbaris, tidak sedikit pengguna-penguna media sosial mengupload gambar-gambar, termasuklah gambar yang penulis kongsi dalam tulisan kali ini.
Mengapa penerima sanggup berbaris? apa kah kebaru-baruan menerima bantuan RM1000? setiap Ketua Isi Rumah (KIR).. Penulis percaya tidak. Mereka yang mempunyai akaun bank, sudah tentu telah biasa mempunyai wang sebanyak itu.
Tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 28 hari bermula pada 18 Mac, sehingga 14 April, 2020, telah memerangkap rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah, terutama mereka yang bekerja tidak tetap,
Ada lah dimengerti, bagi mereka yang bekerja tidak tetap, berkurung di rumah selama tempoh masa itu, maka terputuslah pendapatan. Malah mereka yang terputus pendapatan, bukan sahaja dihadapi kumpulan sedemikian, malah mereka yang bergaji bulanan juga, ada yang terpaksa bercuti tanpa gaji, atau diberhentikan.
BPN merupakan satu rahmat menyambung nyawa, kerana duit itu boleh lah digunakan membeli keperluan makanan, dan mungkin ada yang mencuba memesan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza dan sebagainya.
Setidak-tidaknya bantuan BPN itu, boleh lah mereka membeli beras kegemaran, atau lauk-lauk kegemaran selama tempoh PKP.
Tetapi, apa yang kita semua tidak tahu, bahawa sebahagian daripada mereka yang berbaris itu, mungkin telah berhari-hari, hanya makan nasi berulamkan garam atau gula, atau nasi dicampur air kopi.
Rupanya, sebahagian rakyat kita, jika melihat kepada situasi pelaksanaan PKP, ramai yang masih berstatus kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Benar lah tindakan Kerajaan Barisan Nasional semasa era Dato Seri Najib Razak memperkenalkan BRIM.