Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

DS Najib Sama Dengan Ferdinand Marcos: Tun Dr Mahathir

$
0
0
1. Tun Dr Mahathir kehilangan pertimbangan dan kemampuan menilai, apabila menyamakan DS Najib Razak dengan bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.

2. Untuk mengimbas kembali, kerajaan Filipina di bawah Marcos merupakan kerajaan di bawah undang-undang tentera (Marshal Law), dan kerajaan yang dipimipin mantan Presiden itu bukan atas asas demokrasi tetapi kuasa tentera dan kuku besi.

3. Umum tahu, bahawa di bawah pemerintahan Marcos, rakyat ditindas dengan teruk, malah penduduk islam di Selatan Filipina menjadi pelarian dan Sabah menjadi mangsa sehingga kini. 

4. Seorang negarawan, seperti Tun Dr Mahathir, kehilangan jatidiri, hanya kerana menurut nafsu, hanya kerana terikut-ikut permainan pembangkang, sehingga sanggup menelan ludah sendiri.

5. Rupanya polisi dan tindakan yang beliau ketengahkan kepada rakyat selama 22 tahun, hanya sandiwara, bukanpun merupakan asas yang perlu dipertahankan. Seperti kata Dato Hishamuddin Hussien, pada tahun 1998, semasa gerakan Reformasi yang diketuai Anwar Ibrahim, mantan Perdana Menteri itu mengutuk habis cara Anwar itu, namun kini kutukan itu hanya sandiwara, kerana di penghujung kehidupan mantan PM itu, mengakui bahawa kutukan beliau tersebut hanya wayang, tiada kebenaran mengenainya.

6. Para pemimpin atau rakyat yang pernah menaruh keyakinan kepada mantan Perdana Menteri itu sebagai negarawan, perlu bermuhasabah diri, dan perlu mengikis stima Dr Mahathir yang mereka pauti, kerana semuanya itu hanya mainan politik mantan PM itu.

7. Terlalu diluar fikiran rakyat Malaysia yang majoriti, bahawa mantan PM itu sanggup menyamakan DS Najib dengan Marcos, sedangkan situasi dan kondisi yang berbeda. Rupanya, Tun Mahathir tidak mahu lagi menggunakan asas demokrasi bagi membentuk atau memilih kerajaan, sebaliknya mahu cara Filipina melantik kerajaan, iaitu melalui kuasa jalanan (strait power) bukan kuasa rakyat (people power).

8. Terfikirkah oleh mantan PM itu, jumlah 200 ribu bukan kuasa rakyat kerana jumlah itu hanya 1.43 peratus daripada jumlah pengundi seluruh negara, malah hanya 0.67 peratus daripada rakyat negara ini.

9. Kepada rakyat yang cintakan perdamaian dan keamanan, jangan sekali-kali menghancurkan negara hanya kerana memenuhi nafsu seseorang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808