Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SHAFIE BAGI-BAGI TANAH NEGERI

$
0
0
Datuk Shafie Apdal adalah seorang Ketua Menteri tidak mementingkan rakyat Sabah secara menyeluruh, sebaliknya hanya segelintir, apabila kerajaan beliau bertindak memansuhkan geran komunal dan menggantikannya dengan geran tanah individu.

Beza antara geran tanah komunal, adalah para pemilik tidak boleh menjual bahagian mereka kepada orang lain, kecuali kepada waris terdekat, manakala geran individu, pemilik bebas menjual pada mana-mana pihak. 

Shafie fikir, keluasan tanah Sabah tiada limit atau had, dan akan terus bertambah sesuai dengan pertambahan penduduk. 

Apabila nanti, semua tanah kosong kerajaan yang diminta rakyat diberikan secara geran individu, membawa erti, bahawa kawasan tersebut tiada perancangan kerajaan untuk dimajukan. Di dunia ini, hanya kerajaan boleh mengwujudkan pekan atau bandar baharu, atau pusat perniagaan (central business centre=CBD), bukannya rakyat atau pemilik tanah NT. Kecuali lah status NT itu ditukar kepada CL. 

Apabila kerajaan era Tan Sri Musa Aman memperkenalkan geran tanah komunal, ianya mempunyai tujuan serampang mata, pertama memastikan rakyat memiliki tanah, dan kedua memajukan tanah tersebut secara produktif, serta ketiga suatu hari kelak kawasan seperti itu akan berkembang sebagai pekan kecil atau pekan. 

Kini, kerajaan Shafie begitu bangga sekali mengumumkan pemberian geran-geran individu, tujuannya hanya politik, bagi menarik sokongan mereka yang mendapat geran kepada parti beliau. Tindakan Shafie itu, beliau tidak sedar, hanya tindakan jangka pendek, malah dari segi politik, ianya hanya sokongan macam bui laut. Namun, kerana ketidak mampuan beliau berfikir untuk jangka panjang, sehinggakan beliau terlepas padang, bahawa tindakan seumpama itu merugikan Sabah dan rakyat secara jangka panjang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808