Antara Karikator Bersih 4.0 di Di Kawasan Dataran Merdeka |
1. Benarlah sangkaan awal AYT, bahawa Bersih 4.0 mensasarkan himpunan mereka terhadap DS Najib Razak.
2. Mat Sabu pemimpin GHB serpihan PAS, melaungkan bahawa DS Najib Razak akan melaungkan MAU DUIT TAK??? SEBAGAI PENGGANTIKAN KEPADA LAUNGAN MERDEKA PADA TENGAH MALAM 31 OGOS. Mat Sabu berkata demikian ketika berucap di perkarangan Masjid Negara sebentar tadi.
3. Kumpulan Bersih 4.0 kini mengelilingi Dataran Merdeka namun ada Tulisan daripada Pengajur, bahawa mereka dilarang memasuki Dataran Merdeka.
4. Rata-rata ucapan pemimpin pembangkang yang menyertai Bersih 4.0 antaranya Azmin Ali, berkisar kepada isu yang mengelilingi Perdana Menteri khususnya wang derma RM2.6bilion.
5. Para pemimpin pembangkang mengatas namakan ahli Umno, kononnya para ahli parti tunjang kerajaan itu mahu DS Najib Razak meletakkan jawatan.