Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN SABAH TIDAK WAJAR JADI PEMBANGKANG

$
0
0
WALAUPUN Parti Warisan bersama, DAP, PKR dan UPKO secara enblok tidak menyokong PM-8, tidak semestinya pendirian parti Warisan kekal, memandangkan Warisan bukan komponen PH, sebaliknya hanya bekerjasama.

Sabah tidak boleh kembali pada tahun 1990-1994, yang mana Kerajaan Negeri menjadi pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan, sehinggakan membawa kepada kemunduran negeri, malah kerajaan negeri hampir muflis.

Pada pemilihan PM-8, daripada 26 ahli parlimen Sabah dan WP Labuan, yang menyokong Pakatan Harapan 15 (Warisan-9, DAP-3, PKR-2 dan UPKO-1) yang menokong Perikatan Nasional-10 ( Bersatu-6, UMNO Sabah-2, PBRS-1, STAR-1) manakala PBS berkecuali.

Jika MP DAP dan PKR memilih calon PH adalah wajar, kerana dua parti itu merupakan parti komponen. Manakala Warisan dan UPKO hanya berpegang pada prinsip iaitu menyokong Tun Dr Mahathir, selagi negarawan itu bersedia menjadi Perdana Menteri. Sokongan Warisan dan UPKO adalah konsisten sejak penubuhan Kerajaan PH pada 10 Mei, 2018.

Warisan meskipun bukan komponen PH, akan tetapi 3 MP parti itu dilantik menteri penuh 2 MP sebagai timbalan menteri dalam kabinet Tun Dr Mahathir.

Berasaskan senario politik semasa, dan jika ditilik kembali pendirian Presiden Parti Warisan yang sentiasa menyokong Kerajaan Persekutuan, maka berkemungkinan besar parti itu akan bertindak menyokong kerajaan Persekutuan yang diterajui PN, meskipun bukan sebahagian daripada pemerintahan.

Datuk Shafie mempunyai merit untuk memperjelaskan kepada pimpinan PN, berkaitan kenyataan awal Pengerusi dan Timbalan Presiden parti itu yang menolak kerjasama dengan gabungan yang dianggotai Umno.

Hakikatnya, Kerajaan PN, memerlukan sokongan daripada MP Warisan, untuk memperkukuh kerajaan, supaya pemerintahan berjalan lancar. Makna kata, kerjasama antara Warisan-PN adalah kerjasama menang-menang.

Menerusi sokongan Warisan kepada PN, maka gerakan menukar kerajaan negeri seperti mana diuar-uarkan oleh berbagai pihak tidak menganggu pemerintahan negeri, walaupun di atas kertas, kerajaan yang diterajui Warisan sukar untuk diganggu gugat kerana menguasai 38 kerusi bersama UPKO daripada 65 DUN Sabah. 

Sebaliknya, jika Warisan berdegil untuk terus menjadi pembangkang, politik Sabah tiada yang mustahil, lagi pun para wakil rakyat daripada berbagai parti yang menyertai Warisan, hanya berfungsi sebagai pelengkap atau penyokong kerajaan di DUN Sabah, kerana sebahagian besar tidak dilantik pada sebarang jawatan pemerintahan.

Untuk rekod, pada PRU-14, komposisi kerusi antara parti-parti yang bertanding adalah BN-29 yang terdiri daripada Umno-17, PBS-7 dan UPKO-5; manakala Warisan-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Selepas PRU tersebut, komposisi atau kedudukan kerusi-kerusi telah berubah, Warisan-31, Bersatu-9, DAP-6, PBS-4, PKR-2, STAR-3, UPKO-3, Umno Sabah-1 dan Bebas-1, tidak termasuk ADUN lantikan.

Jika berlaku "regrouping" semula wakil-wakil rakyat bukan asal Warisan dan bakal di sertai ADUN Warisan sendiri sekurang-kurangnya 15 ADUN, maka Kerajaan Warisan akan tumbang.

Untuk menubuhkan Kerajaan baharu, diperlukan 34 majoriti mudah.

Berasaskan cara pemerintahan Warisan selama 22 bulan, jika parti itu tidak berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, adalah diramalkan, kerajaan pimpinan Shafie tidak akan kekal lama, dan bakal mengikut jejak kerajaan PH, Kerajaan setengah penggal, kerana sebagai negeri pembangkang harapan rakyat Sabah berkaitan pelaksanaan MA63, akan terbantut.

Dipihak Bersatu Sabah salah satu komponen kerajaan PN- menerusi Ketuanya Datuk Hajiji Haji Noor sudah bersedia menjadi pembangkang di Dun Sabah, bersama-sama  Umno Sabah, PBS dan STAR.

Terpulang kepada Datuk Shafie Apdal, apa kah akan tetap bersama PH yang telah tumbang pada 24 Februari lalu.

Menurut hemat penulis, Sabah tidak wajar jadi kerajaan pembangkang kepada kerajaan Persekutuan, memnadangkan pembangunan dan kemajuan Sabah masih ketinggalan, dan memerlukan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan.

Jika Shafie tidak melihat keperluan Sabah dan rakyatnya, cukup wajar, para wakil rakyat perlu bersatu untuk menjadi sebahagian Kerajaan Perikatan Nasional!!!, dengan cara menukar Kerajaan Negeri!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808