Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PM8- EPISOD BARU: PH CALONKAN TUN BUKAN LAGI ANWAR

$
0
0
BUKAN sahaja rakyat atau pemerhati, malah YDP Agong juga mungkin merasakan celarunya perebutan PM8.

SETAKAT tengah malam 28 Februari, 2020, nama Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY) masih mengungguli Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM8, ini kerana selain dikatakan mendapat sokongan parti beliau sendiri, Bersatu, juga sokongan Bn, Pas, PBRS dan warisan. 

TSMY hanya menunggu sokongan daripada GPS-Sarawak yang bermesyuarat esok (1 Mac), namun isyarat telah diberikan bahawa gabungan itu akan menyokong, pihak yang tidak berkolaborasi atau berpakat dengan parti DAP. 

Secara matematik, PM8 akan berpihak kepada TSMY. Mungkin atas sebab itu, bagi membuka ruang lagi kepada DSAI menjadi Perdana Menteri, maka episod baru timbul pagi ini, semasa semua ketua-ketua parti sedang dalam perjalanan ke Istana Negara menghadap YDP Agong, Pakatan Harapan yang mana sebelum ini menamakan Presiden PKR-DSAI sebagai calon PM8 semasa sesi temuduga YDP Agong kepada semua ahli parlimen yang diadakan pada 25 & 26. 

Menerusi episod baru ini, PH menukar calon PM8 daripada DSAI kepada Tun Dr Mahathir. 

Menerusi episod baru ini, akan berlaku kah hanya Tun Dr Mahathir sahaja dinamakan sebagai calon PM8? atau kah TSMY meneruskan sebagai pesaing?

Terlalu sukar untuk diulas!!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808