TUN MAHATHIR akan meninggalkan legasi luarbiasa, apabila kerajaan Malaysia dikuasai semula oleh yang hak, iaitu rakyat majoriti.
Sidang khas parlimen yang dijadualkan pada 2 Mac (Isnin depan), bakal memilih samada Dato Seri Anwar Ibrahim atau Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Kepimpinan parti Bersatu bakal memuktamadkan pencalonan Presiden parti itu atas restu Tun Dr Mahathir.
Menerusi pencalonan Muhiyiidn, kerajaan Perikatan Nasional hidup semula.
Jika kerajaan perikatan dihidupkan semula, selepas terkubur sebelum lahir, ianya merupakan sejarah bagi Malaysia.
Secara matematik, jika Perikatan Nasional dihidupkan semula, Tan Sri Muhiyiddin tiada halangan untuk mendapat sokongan majoriti semasa sidang khas tersebut, memandangkan, jumlah ahli parlimen yang bakal menyokong seramai 116, dengan pecahan Muafakat Nasional 60 (kurang satu kerana MP Padang Rengas bakal menyokong Dato Seri Anwar), Bersatu-26, kumpulan Azmin-11 dan GPS-Sarawak-19.
Ini lah masanya melupakan ego politik, utamakan agama, bangsa dan tanah air.